klik2 lg~

Monday, June 14, 2010

jom tgk lirik ni..renung2 laye...

Kangen Band – Bintang 14 Hari


14 hari ku mencari dirimu

untuk menanyakan dimanakah dirimu

14 hari ku datangi rumahmu

agar engkau tahu tertatihku menunggumu


aku kangen sama kamu

apa kamu udah gak sayang aku


maafkanlah aku lari dari kenyataan

bukan karena aku tak punyai rasa sayang

maafkanlah aku mencoba tuk berlari

karena satu hati engkau pasti kan mengerti


* kamu pacar terbaikku

walau hanya sekejab di hatiku


reff:

mengapa hanya sekejab saja

ku merasakan indahnya dengan dirimu

mengapa hanya untaian kata

ku rasa tiada sempurna cerita cinta kita


repeat reff [2x]



Lirik lagu Kangen Band – Bintang 14 Hari ini dipersembahkan oleh LirikLaguIndonesia.Net. Kunjungi DownloadLaguIndonesia.Net untuk download MP3 Kangen Band – Bintang 14 Hari.

Tuesday, January 26, 2010

keNaLI Sifat Lelaki AquaRius Dan TiPs~


Aquarius ( 21 Januari – 19 Februari)

Orang Nya: Pijak semut tak mati… Suka yang cantik dan menarik perhatian.

Tips utk memikat: Kacang aje.. sentiasa berpakaian cantik, glamer.. comfirm dia sentiasa nak

berkepit aje dengan you.

WARNING: Lelaki Aquarius nie cepat bosan dengan orang.. so sebelum dia tinggal kan

kita.. kita blah dulu


Aquarius oh AquariuS
  • Tubuhnya agak tinggi, dan kurus , tangan dan kakinya besar , bahunya lebar .Mungkin rambutnya nipis .pakaiannya agak luar biasa.Dia adalah lelaki yang pandai bercakap dan suka kepada cakap-cakap intelek .Dia agak kurang romantik .Dia sukar jatuh cinta kerana dia tidak mahu kecewa .Dia suka persahabatan yang sekejap berbanding hubungan yang panjang .Lelaki ini suka ketawa dan mempunyai perkara-perkara yang menarik untuk dilakukan , tetapi dia boleh jadi pendiam pada suatu masa dan agak mengecewakan kekasihnya .Dia mungkin lambat berkahwin kerana tidak suka terikat

  • Dari segi seksual dia lebih mementingankan seks dari kasih sayang , dan dia lebih suka kepada ramai pasangan . Walaupun begitu , dia pandai menyembunyikan rahsianya itu bagi menjaga hati kekasihnya Sebagai lelaki , dia disukai oleh teman wanitanya kerana dia agak berbeza dan menarik , tetapi dia adalah mengecewakan dari segi membuat komitmen .


50 TiP UtK PikaT LeLaki!!

  1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
  2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
  3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
  4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
  5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
  6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
  7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
  8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
  9. Jangan terlalu mengongkong.
  10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
  11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
  12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya.
  13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
  14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
  15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
  16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
  17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
  18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
  19. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
  20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
  21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
  22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
  23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
  24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
  25. Mengetahui bila hari lahirnya.
  26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
  27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
  28. Manja!
  29. Jangan terlalu ‘excited’ ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
  30. Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam pergaulan.
  31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan ‘perfect’.
  32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
  33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
  34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
  35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
  36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
  37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
  38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
  39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
  40. Jangan bersikap terlalu kuno.
  41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
  42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
  43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
  44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
  45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
  46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
  47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
  48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
  49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
  50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

CheK It OuTz~

CheK It OuTz~

apAkah bIntang kelahIrAn anDa?

apAkah bIntang kelahIrAn anDa?
JoM TenGok!

JoM MemBaCe

Cemburu lelaki

Setiap insan yang dilahirkan pasti mempunyai perasaan cemburu. Tidak kira semasa zaman kanak-kanak, remaja mahupun di kala usia mencecah batas dewasa, perasaan cemburu tetap wujud dalam sanubari manusia. Bagi pasangan yang bercinta, cemburu sentiasa mewarnai hubungan kasih yang disemai bersama.

Cemburu sering dikaitkan dengan kaum Hawa. Percaya atau tidak, lelaki juga mempunyai perasaan cemburu yang terselindung di sebalik egonya. Malah tanpa disedari lelaki zaman ini juga ada kalanya menyimpan perasaan cemburu yang mengatasi kaum perempuan.

Jom kita lihat indeks cemburu kaum lelaki menurut bintang kelahiran…


Aquarius
Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.

Pisces
Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.

Aries
Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.

Taurus
Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.

Gemini
Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain.

Cancer
Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.

Leo
Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.

Virgo
Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.

Libra
Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.

Scorpio
Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.

Sagitarius
Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.

Capricorn
Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.